twitter


Masuk ke alam maya ni kadang-kadang boleh dibaratkan macam seekor tupai pulak.Mana tidaknya sekali lompat kita hinggap kat facebook.Lompat lagi masuk dunia UEFA(pagi tadi MU menang 1-0..).Lompat lagi jumpa Barack Obama kat U.S sana.Nak tahu isu semasa lompat aje ke harakahdaily(ni je sumber yang boleh dipercayai)..Kalau nak relaks,jom lompat ke laman nasyid islami,us zaharuddin,us zahazan dan lain-lain lagi..

Sebenarnya bukan ini perkara sebenar yang nak diceritakan tapi sekadar untuk menarik perhatian sahabat sekalian dengan tulisan ni(tu pun kalau tertarik la)..Sebenarnya ni la pengalaman pertama saya dalam bidang penulisan dalam alam maya ni..tak tahu la 'mengancam' ke tidak tulisan ni??..
Saya mulakan tulisan saya ini dengan ayat yang selalu digunakan oleh ramai manusia "Belajar rajin-rajin ya,nanti boleh masuk 'U'.."Sememangnya tidak boleh untuk dinafikan dalam keadaan negara kita sekarang ini,universiti merupakan institusi pengajian yang paling tinggi(tapi ilmu bukan ade kat sini je) dalam melahirkan golongan intelektual yang boleh diharap untuk memimpin..Persoalannya adakah sistem yang digunakan dalam negara atau lebih khusus lagi dalam universiti-universiti sekarang ni boleh kita harapkan untuk mencapai matlamat yang kita sebut tadi?..Sama-sama kita fikirkan..

USAH ULANGI KISAH SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Dalam ruangan yang ringkas ini,saya tidak berniat untuk berbicara soal global atau nasional tapi apa yang hendak disentuh pada kali ini adalah soal kampus khususnya UKM.Apabila kita berbicara tentang kampus,kita tidak boleh lari daripada golongan yang berada di kampus iaitu golongan pemuda atau belia yang kita katakan sebagai "Pemuda Harapan Negara Pemudi Tiang Negara". Saya juga agak tertarik untuk mengaitkan perkara ini dengan satu kisah iaitu kisah Hang Nadim yang menyelamatkan Singapura daripada serangan ikan todak.Sememangnya kisah ini bukan dinukilkan untuk tujuan yang kosong tetapi ada maksud yang tersurat dan tersirat yang boleh diambil sebagai didikan dan pengajaran kepada anak bangsa.

Saya yakin bahawa hampir semua pihak sudah maklum berkaitan cerita Hang Nadim ini yang menyelamatkan Singapura dengan mencadangkan batang-batang pisang sebagai benteng kepada serangan ikan todak padahal dalam masa yang sama pembesar negara pada waktu itu telah mengerahkan rakyat jelata untuk menahan serangan tersebut dengan paha masing-masing.Tidak kita nafikan kebijaksanaan Hang Nadim itu sebenarnya telah membawa musibah kepada dirinya sendiri sehingga menyebabkan beliau dihukum mati akibat perasaan pembesar Singapura yang iri hati dan bimbang akan apa yang akan dibuat beliau apabila dewasa nanti.

Hari ini kita sebenarnya kita mempunyai ramai Hang Nadim tetapi nampaknya sejarah lama telah berulang,mereka disenyapkan atau dilenyapkan sebelum mereka betul-betul mati.Tidakkah para pemuda dan pemudi di universiti pada hari ini telah menjadi barah kepada negara?Dadah,arak,rogol,zina,hiburan melampau,rempit dan kehidupan yang penuh dengan penderhakan.Sekiranya mereka terlepas daripada perkara yang disebutkan di atas ini,nescaya mereka juga tidak akan terlepas daripada musuh yang lebih utama iaitu golongan-golongan yang cuba memburu mereka dengan akta-akta(contohnya AUKU yang sekarang menjadi isu di mahkamah) dan ugutan-ugutan yang dikenakan(contohnya ugutan akan dibuang kolej) yang sememangnya telah meragut keberanian,semangat dan jati diri pemuda dan pemudi untuk hidup merdeka sepenuhnya sebagai seorang mahasiswa khusunya di UKM.

Dalam kita termenung untuk mencari penyelesaian untuk masalah ini,sekali lagi muncul sejumlah Hang Nadim di UKM(contohnya adalah seperti ISIUKM dan GMUKM) tetapi kita buat tidak peduli.Hang Nadim ini bukan sahaja hadir dalam bentuk individu tetapi hadir dalam bentuk kumpulan yang matlamatnya adalah untuk menyelamatkan negara amnya dan UKM ini khususnya daripada dibaham pemimpin serta sistem yang dilaksanakan pemimpin yang seakan-akan menyamai sifat pembesar zaman Hang Nadim tadi.

Oleh sebab itu,di sini saya ingin menyeru mahasiswa sekalian untuk sama-sama membuat perubahan(Bersatu Berubah) dan berani untuk menyatakan serta menyokong kebenaran yang kadang-kadang jelas di depan mata.Usah digentar dengan akta-akta yang tidak relevan serta ugutan-ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,yang pasti kita mengambil langkah yang bijak untuk memerdekakan diri daripada ditindas(kalau kat dalam kisah Hang Nadim rakyat ditindas dengan paksaan untuk mempertahankan negara dengan paha masing-masing) dan setia menyokong kebenaran yang diperjuangkan oleh pihak-pihak tertentu(ISIUKM dan GMUKM).Rasanya sudah cukup derita yang ditanggung,marilah kita sama-sama berganding bahu untuk memastikan tiada lagi Hang Nadim mati dibunuh agar keadilan tertegak untuk semua!!!!


Salam Pertemuan...
Ana mulakan perkongsian pada hari ini dengan satu perkataan yang menjadi jantung kepada setiap perbuatan kita... ye sahabat dan sahabiah sekalian NIAT formula kepada kebangkitan ummah sekarang. Tapi perkara ini ramai yang buat tak ambil kisah, ada yang berhubung dengan muslimat dengan alasn gerak kerja tapi ada buaya disebalik batu, bagaimana dengan kehadiran kita ke mesyuarat, program yang kita buat, dan segala hal yang kita anggap hebat.

Diri ini bukanlah hebat dalam berbicara tentang niat, tapi mengharapkan tulisan tang pernah ditintakan ini menjadi asbab kepada hidayah Allah kepada penulis. Bila bercakap berkenaan niat tidak dapat lari dari memjelakan sifat kepada niat itu ialah IKHLAS, bukan mudah untuk memnanamkan benih IKHLAS ini, ditambah pula dengan hati yang sentisa dihujani dengan maksiat dan dosa... bila kita melangkah kaki je, bisikan takbur,riak, sumaah, ujub, datang bagai pendatang haram menjajah kesucian hati.

Seorang pejuang yang setia akan cuba melawan segala bisikan halus ini, sehingga ada yang rebah kerana terlalu kuat 'volume' bisikan tersebut. Sahabat-sahabat,bila mendapat tahap IKHLAS, nikmat dalam amalan tersangat manis, bagai berjumpa kekasih yang sudah lama berpisah. Jangan hairan jika kata-kata dari manusia yang kita anggap hebat tidak meresap ke dalam hati kita kerana mungkin si penyampai mengeluarkan kata tanpa hati dan mungkin juga si penerima menerima tanpa hati.

mengapa penulis bebicara tentang hati kali ini??? kita generasi baru, baru nak bertatih, baru nak membuka mata, tapi sebelum kaki melangkah jauh, mata terbuka luaS, biarkan hati kita terbuka untuk melangkah jauh menemui ALLAH... kalaulah kita bertatih dengan mata yang terbuka tapi hati tidak dapat dibuka, jangan mimpi kita hendak membuka empayar ISLAM. bukalah empayar dalam diri.

Dihadapan kita duri dan onak masih berbukit menanti masa untuk menghempap kita, jika ALLAH kita tinggalkan, siapa lagi yang kita ingin harapkan untuk mengalihkan bukit tersebut. Doalah kepada Sang Penjaga Hati agar sentiasa Ikhlas dalam berjuang... Letak ke tepi muslimat, lontar ke laut kemasyhuran, sepak ke langit kemegahan, sembelih lah keegoan, cukuplah kita menjadi pengemis MARDHATILLAH...

INNI DHAIF
islahulfikr




Selamat Datang ke alam baru.

Tahniah kepada sahabat-sahabat yang dapat melanjutkan pelajaran dan pengajian ke alam kampus, alam sekolah telah kita tinggalkan, sekarang alam yang penuh dengan cabaran dan dugaan bagi seorang pejuang Islam telah bermula....

Kalau dahulu kita belajar di MMPM, tekanan belajar terasa sangat perit tambah2 dekat dengan exam, (teringat ketika ulangkaji ketika kat rumah sewa pok sing). Tapi di kampus sekarang ini tekanan itu semakin meningkat pada tahap yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal serta yang paling penting hubungan dengan ALLAH yang akrab.

Suasana di kampus jauh bezanya dengan suasana di MMPM, mungkin semasa kita berseorangan kita akan teringat kenangan di MMPM dan macam nak balik belajar kat MMPM, mana tidaknya, muslimin muslimat berhubungan tanpa hadnya, bertepuk bahu macam adik beradik, dengan pakaian yang mencerminkan jatuhnya akhlak Islamiah, (mungkin penulis tidak dapat gambaran sebenar 'biah' di kampus yang sahabat berada sekarang).

Sahabat-sahabat yang hatinya sentiasa ingat pada ALLAH, ingatlah sekiranya kita rasa lemah, ketika kita rasa putus asa, rasa hilang tempat untuk bergantung, INGAT!!! Allah yang meletakkan kita di posisi sekarang kerana ALLAH tahu potensi kita di kampus yang kita berada sekarang. Allah letakkan kita di kampus ini bukan saja-saja tapi ada hikmah yang hanya ALLAH sahaja yang tahu. Anggaplah kampus ini sebagai tempat untuk MEMPROSES kita menjadi pedokong dan penyambung rantai-rantai perjuangan Nabi MUHAMMAD S.A.W.

PAHLAWAN-PAHLAWAN,
Jadilah seperti ikan yang bebas berenang dalam lautan masin
Biar kita dihina, dipulau, diherdik kerana mempertahankan jilbab labuh dan kopiah putih
kerana JANJI ALLAH akan berlaku pada sikit masa lagi...


-islahul fikr-
DQ


Assalamualaikum...Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izinNya blog Persatuan Sahabat Dakwah(SD) MMPM telah berjaya dihasilkan.Diharapkan semoga ianya boleh dijadikan sebagai medium untuk kita menyampaikan mesej Islam kepada para pembaca.Di permulaan ini diucapkan selamat menempuhi alam kampus buat sahabat-sahabat di kampus masing-masing.Mungkin ada dalam kalangan kita yang agak kekok untuk menghadapi suasana baru di sana lebih-lebih lagi selepas Minggu Orientasi yang agak mencabar iman setengah daripada kita.Inilah dia yang dikatakan tidak dinamakan perjuangan tanpa halangan.Apa yang kita harapkan adalah kita akan semakin matang dan berkeyakinan untuk menjadi agen transformasi dalam masyarakat.Sama-sama kita renungkan beberapa mutiara kata di bawah untuk bekalan perjuangan :


Sekuntum bunga itu walau cantik atau tidak,

tempatnya tetap di tanah..

begitu juga walau apa pun bentuk bulan,

tempatnya tetap di langit..

begitulah juga ukhuwwah persaudaraan kita,

tidal kira jauh atau dekat,jumpa atau tidak

mahupun hidup atau mati,

tempatnya tetap di hati,berseri dengan doa dan mekar dengan rabitah..



.."Bila mana diri diwaqafkan untuk perjuangan Islam,

jangan sesekali berniat meloloskan diri..

sekali melangkap ke hadapan maka teruskan sahaja langkah itu..

jangan pernah terlintas untuk melepaskan ikatan rabitah perjuangan ini,

walau ribuan tribulasi datang melanda yakinlah dengan apa yang kita lakukan

nescaya kemenangan pasti kunjung tiba..

derita kita adalah derita ummat terdahulu,

penat kita hari ini untuk generasi akan datang,

perjuangan perlu diteruskan kerana Allah S.W.T..



Sekadar renungan untuk diri ini dan untuk sahabat sekalian..Untuk ustaz dan ustazah yang telah banyak menolong kami,ucapan terima kasihlah yang kami hulurkan dan didoakan semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera dunia dan akhirat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...