twitter



DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.

Allah berfirman dalam surah al-Anbiya ayat 107, maksudnya:

“Dan tidaklah Kami mengutuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat kepada seluruh alam”

Alhamdulillah, syukur sama-sama kita panjatkan ke hadrat Allah SWT atas kurniaan nikmat yang begitu banyak kepada kita. Sekali lagi Allah telah memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Bulan Rabi’ul Awwal yang mana padanya terdapat satu hari penting kepada seluruh umat Islam iaitu kelahiran Baginda Nabi Muhammad saw. Selawat serta salam ditujukan khas buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw (penghulu segala nabi), ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in, para u’lama’ seterusnya kepada semua penyambung mata-mata rantai perjuangan baginda Nabi saw hingga kiamat.

                Saban tahun kita meraikan hari kebesaran ini (kelahiran Nabi Muhammad saw). Walaupun terdapat perbezaan pendapat di kalangan para sejarawan Islam berkenaan tarikh sebenar kelahiran Nabi Muhammad saw. Sebagai contoh seperti mana yang terdapat di dalam kitab al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Ibn Kathir (meninggal pada 774H), mencatatkan pelbagai pandangan berkenaan hari dan kelahiran baginda nabi. Bagi yang berpandangan baginda lahir pada Bulan Rabi’ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan hari bulannya. Ada yang berpendapat pada 8hb, 9hb, 12hb seperti yang digunapakai ramai. Ada juga berpandangan 17hb dan seumpamanya. Malah ada juga sarjana Islam menyatakan Nabi Muhammad saw lahir pada Bulan Ramadhan dengan hujah-hujah mereka tersendiri.

                Persoalan tarikh sebenar ini bukanlah fokusnya kerana baginda Nabi Muhammad saw memang diyakini dan diakui oleh semua sarjana termasuk sarjana bukan Islam akan kebenaran munculnya seorang insan agong yang bernama Muhammad bin Abdullah. Berbeza pula halnya dengan kelahiran Jesus pada gambaran Barat. Sehinggakan ada ahli pengkaji di kalangan mereka mempertikaikan kelahiran Jesus itu sendiri.

                Hari kelahiran baginda Nabi Muhammad saw sememangnya amat layak untuk diraikan. Begitupun tiada nas yang dijumpai menunjukkan Nabi saw mahupun para sahabat r.hum menyambutnya, namun sebagai tanda kita memperingati serta mencintai baginda Nabi saw, maka sewajarnya kita untuk menyambutnya lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat hari ini yang makin jauh meninggalkan Nabi saw. Namun ingin ditekankan di sini, mengingati Nabi bukanlah hanya tertumpu pada Bulan Rabi’ul Awwal semata-mata. Seharusnya kita perlu mengingati baginda setiap masa dan ketika. Amat besar pengorbanan yang telah dibuat oleh baginda Nabi saw sehingga kita menikmati nikmat Iman dan Islam. Semuanya dengan kekuasaan Allah. Allah mahukan manusia hidup dalam keadaan harmonis dan dalam keredhoanNya, maka diutuskan Nabi saw sebagai panduan umat akhir zaman ini. Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 21, maksudnya:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhoan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”

                Nabi Muhammad merupakan insan dan makhluk Allah yang paling agong ciptaanNya. Sepatutnya kita menjadikan Nabi saw sebagai ikutan dan idola kita. Bukannya para artis yang mendedah aurat, meninggalkan solat dan pelbagai perbuatan maksiat dilakukan menjadi ikutan kita. Namun hakikatnya mereka juga yang menjadi kegilaan muda-mudi hari ini. Alhamdulillah, perkembangan positif di Malaysia hari ini memperlihatkan ramai di kalangan para artis yang telah kembali ke pangkal jalan. Mudah-mudahan mereka terus istiqomah untuk menjadi hamba Allah yang sebenarnya. Allah mengiktiraf keluhuran budi pekerti Nabi Muhammad saw melalui firmanNya dalam surah al-Qalam ayat 4:

“Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia.”

                Sebagai penutup ingin saya mengajak sidang pembaca budiman sekalian untuk merenung tentang sambutan Maulidur Rasul yang saban tahun kita raikan, adakah ia mendatangkan kesan yang mendalam kepada peribadi dan cara hidup kita atau sebaliknya? Ketahuilah bahawa Nabi saw diutuskan bukan hanya untuk disambut kelahirannya tetapi untuk diikuti sunnah serta ajaran yang telah ditinggalkan!


Sirru a’la Barokatillah.

MUHAMMAD AMIRUL BIN AMRAN,
MAHASISWA PENDIDIKAN ISLAM,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS.

9 RABI'UL AWWAL 1433H/ 2 FEBRUARI 2012
SEDANG MENJALANI LATIHAN MENGAJAR DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
BELIAU BOLEH DIHUBUNGI DI ALAMAT FB Amirul Al-Chenori


Pihak Sahabat Dakwah(SD)Maahad Muhammadi Pasir Mas mengucapkan jutaan tahniah dan syabas di atas kejayaan pelajar-pelajar di dalam peperiksaan.semoga kejayaan ini akan menjadi lonjatan inspirasi untuk kita semua melakar kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan demi ALLAH dan Agama Islam.sekalung tahniah juga kepada barisan guru yang mendidik dan tekun mengajar kami.


Kejayaan dikongsi: Muhammad Adam Abdul Azid dan Muhammad Syarifuddin Mohd Lotfi,pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas berjaya meraih 10 MUMTAZ



  "jika anda pernah gagal,bermakna anda semakin menghampiri kejayaan" 

"jika anda berhenti usaha,maka matilah cita-cita,tiadalah harapan....maka JANGANLAH BERPUTUS ASA,BUKTIKAN!"



Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."
(an-Nisaa:100.)

Sahabat Dakwah MMPM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada
semua pengunjung blog kami....
Semoga pengamalan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
serta segala amalan kita diredhai oleh ALLAH SWT....

"كل عام وأنتم بخير"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana dapat meneruskan kehidupan dalam kezaliman dan kebusukan dunia hari ini. Penerusan hidup ini bukan sekadar membiarkan kezaliman dan kebusukan dunia menari dengan riang begitu sahaja, namun disana pentingnya kita mencorak diri dalam memusnahkan kezaliman dan kebusukan ini.

Sedara,
Wasilah sahabat dakwah ini diwujudkan bukan untuk membuat kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah, jauh sekali untuk melakukan kesyirikan kepada Allah. Tegas saya teriakan disini, tujuan utama ia diadakan adalah semata-mata mencari KEREDHAAN ALLAH. Kewujudan wasilah ini bermula dengan nostalgia dan analogi perjalanan yang cukup menarik, perjalanan yang dilalui oleh anak muda yang baru bertatih dalam medan tarbiah dan dakwah tanpa meninggalkan siasah. Penuh dengan suka dan duka. Melimpah-limpah air mata dan peluh. Mencurah-curah semburan ukhuwah. Akhirnya, diluncurkan SAHABAT DAKWAH ketengah bumi wakafan MMPM. UKHUWAH, betapa manisnya kita meninta ia dalam diari sejarah sahabat dakwah dan akan menjadi takwim sepanjang perjalanan hidup sahabat dakwah. Pembikinan ukhuwah ini bukan benda yang mudah. Kita sendiri merasainya.

Sedara sedari,

Dihadapan sana ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan, setelah kita menghirup udara tarbiah di MMPM, Sekarang tugas kita untuk menjaga udara tersebut dari tercemar, malah disana kita mengharapkan udara ini semakin segar dan terus nyaman untuk dimamah oleh warga MMPM.
Jangan kita mudah lupa pada kilang yang pernah memproses kita, paling kurang ingatlah ia seminit dalam seharian, agar dengan seminit ini dapat dibentuk satu aspirasi yang bertahan selama seabad.
Disini juga, saya ingin menyeru kepada semua generasi yang bermukim dalam daerah sahabat dakwah agar sentiasa bertakwa kepada Allah dalam setiap perbuatan dan aktiviti yang kita lakukan. Agar segala gerak kerja yang kita rancang dan jalankan mendapat persetujuan dari Tuhan Seantero Alam.

Akhir kalam, kukuhkan aqidah, kuatkan ibadah, semburkan akhlak, dan luncurkan diri ke medan masyarakat. Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah sebagai pemberat timbangan mizan nanti.

BERSAMA MMPM MEREALISASI HARAPAN

Ahmad fahmi bin mokhtar
Presiden
Sahabat dakwah
Maahad Muhammadi Pasir Mas


TAJUK : TUNGGU BILA LAGI UNTUK BANGKIT..?

Salam kebangkitan buat teman-teman sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana diizinkan untukku menulis pada saat ini.Dah lama niat di hati nak menulis ditambah dengan permintaan seorang sahabat untuk aku menyiapkan satu tulisan di dalam blog ini.Hari ini aku nak bercakap soal kebangkitan ummat Islam dan aku rase aku nak lebih berfokus kepada kebangkitan individu muslim itu sendiri.Fitrah kejadian manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa.Jadi dalam penulisan ini,aku kira aku ingin berkongsi dengan teman-teman beberapa perkara yang aku dapat dari bacaan daripada prof. “google” berkaitan dengan kebangkitan. Bila kita berbicara tentang kebangkitan tidak dapat tidak untuk kita bicarakan dahulu tentang kebangkitan individu muslim sebelum kita masuk kepada fasa kebangkitan yang lebih besar.Persoalannya di sini adalah bagaimanakah mekanisme ataupun elemen-elemen yang penting dalam memacukebangkitan dalam diri individu muslim.
Di sini ada beberapa elemen penting yang perlu dalam kebangkitan individu muslim :

Pertama :Persiapan Fikrah

Melihat situasi semasa hari ini ,umat Islam dilanda dengan serangan pemikiran. Serangan tersebut merobek satu persatu identiti umat Islam sehingga kemuncak beberapa individu muslim mengaku murtad secaraterang-terangan. Fikrah yang melanda umat kini bukanlah Fikrah Islamiah yang sohih tetapi beberapa idealogi rekaan dari musuh-musuh Islam seperti komunisme, sekularisme , hedonism , materialisme dan lain-lain.

Apakah kita mempunyai persiapan fikrah yang cukup bagi membawa satu perjuangan yang besar ini?

Marilah kita berlaku jujur pada diri kita ini , berapa ayat Al Quran dan hadis yang kita tadabbur (renungi) dan menghayati setiap hari , berapa banyak buku-buku Islam dan bersifat haraki yang kita hasbiskan sepanjang tahun.

Semua ini adalah persiapan fikrah kerana dewasa ini musuh-musuh Islam telah menggunakan senjata-senjata moden untuk menerobos masuk dan menyerang pemikiran-pemikiran kita.Oleh itu,teman-teman aku kira persiapan fikrah ini merupakan satu elemen yang sangat penting untuk mencetuskan kesedaran dan kefahaman dalamd iri kita untuk cetuskan kebangkitan dalam diri untuk meneruskan perjuangan ini

Kedua :PersiapanRohani (Jiwa)

Persiapan rohani adalah persiapan yang paling penting .Islam bukan hanya menuntut untuk kita mempersiapkan persiapan fizikal semata-mata. Tetapi menitikberatkan juga dari sudut rohani. Lihat sahaja perjalanan hidup Rasulullah dan generasi sahabat mempersiapkan kekuatan fizikal dan rohani dalam menghadapi musuh.
Begitu juga tokoh-tokoh gerakan Islam yang dipenjarakan tetapi mampu menghadapinya dengan tenang sehingga dalam kisah Zainab Al Ghazali ,sewaktu di bilik kurungan dipanaskan udaranya dan sewaktu musim sejuk pada tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama Zainab al Ghazali. Beliau berkata“ Saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah “. Anjing yang ganas itu mengerti bahawa yang berada di hadapan itu adalah muslimah yang tinggi rohani dan pergantungan kepada Allah.Muslimah yang mempunyai kesabaran dan ketaatan yang tinggi dan anjing ganas tersebut tidak melakukan sesuatupun kepada Zainab al Ghazali.

Dan aku kira banyak lagi kisah-kisah yang kita boleh ambik iktibar selain kisah ini yang nak menceritakan tentang perlunya persiapan rohani dan kesannya dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agama suci ini.

Kata-kata keramat Syeikh Hasan Hudaibi(Bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin) :
“Tegakkan Islam dalam diri kamu,nescaya Islam akan tertegak di atas tanah air kamu”

Ketiga :PersiapanGerakan

Gerakan merupakan gerak kerja secara kolektif dan berjamaah.Dalam menempuh kebangkitan Islam menyertai jamaah dan bekerja secara kolektif adalah prasyarat kebangkitan dan kemenangan.Oleh demikian , Islam meletakkan kepada kita beberapa amal islami seperti amal fardi, amal ijtimaie dan amal jamaie. Ada amal yang dilakukan secara individu dan ada amal dilakukan secara berjamaah.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam satu barisan yang teratur , mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh.

Persiapan gerakan penting kerana gerakanlah yang akan merencana segala gerak kerja dan strategi dalam sesuatu perkara.Ini merupakan elemen yang penting dalam memacu kebangkitan yang lebih besar. Kita tidak mampu untuk mencipta kebangkitan dengan beraksi seorang diri.

Tapi yakinlah bahawa kita mampu untuk mencipta perubahan dan kebangkitan dengan berJAMAAH.

Oleh itu,persiapan jamaah atau gerakan dari segenap segi perlu diambil perhatian serius agar ianya mampu memberikan kesan yang positif pada masyarakat yang telah jauh dengan Islam pada hari ini.

Kesimpulan

Dunia hari ini berada dalam keadaan kritikal dengan pelbagai kejadian atau isu yang berlaku yang menjejaskan aqidah atau pegangan UmmatIslam.Pelbagai isu yang berlaku seperti kes-kes jenayah yang tinggi,penyalahgunaan kuasa,rasuah dan lain-lain majoritinya melibatkan orang Islam.Persoalannya kenapa boleh jadi begini?Aku rasa jawapannya sudah pun terjawab bilamana teman-teman pembaca membaca persoalan ini.

Pesoalan yang kedua yang aku nak lontarkan adalah siapa yang bertanggungjawab dalam membuat perubahan dalam masyarakat pada hari ini..?Ape yang aku nak tekankan ialah Islam tidak perlukan kita untuk mencetuskan perubahan yang dimaksudkan di atas. Jikalau kita malas atau tidak mahu untuk menggalas tanggungjawab ini sekalipun,nescaya akan nada golongan yang lain akan menggalas tugas ini dan semestinya mereka ini lebih baik daripada kita,dan ini merupakan janji Allah dalam Al-Quran.

Akhir sekali,jika kita berhasrat untuk berada dalam golongan yang menggalas tugas di atas maka tidak dapat tidak untuk kita lakukan perubahan dan kebangkitan dalam diri kita.Perhatikanlah setiap elemen penting yang telah dihuraikan secara ringkas di atas ini sekadar untuk muhasabah kita bersama dan teruskan dengan tindakan yang proaktif untuk cipta perubahan dalam diri.Yakinlah bahawa Islam akan menang satu masa nantiCuma tinggal kita di mana sewaktu proses perjalanan dalam memenangkan Islam

Oleh itu,AYUH BERUBAH!!!

Kalau bukan kita,siapa lagi!
Kalau bukan sekarang,bila lagi
Kalau bukan di sini,dimana lagi

Maaf andai kata tulisan ini agak serabut dan tidak memenuhi citarasa teman-teman pembaca tetapi apa yang penting bagi aku adalah point-point penting yang terkandung dalam tulisan ini mampu untuk kita ambil manfaat bersama.

Semoga Allah S.W.T sentiasa memilih kita berada dalam golongan hambaNya yang bertakwa dan memberikan keberkatan dan pertolongan dalam meneruskan perjuangan ini.

Penulis merupakan mahasiswa tahun 2 UKM dalam bidang oleokimia merangkap juga sebagai Timbalan Presiden Sahabat Dakwah(SD),Alumni Maahad Muhammadi Pasir Mas.Kini,memegang amanah Sebagai Bendahari Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(ISIUKM).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...