twitter





“Tu la…org dah suruh hantar awal-awal tak nak….ni la jadinye…..”,tutur ibu tercinta.
Hari itu saya menadah telinga mendengar ‘bebelan’ ibu .bukan bebelan….tapi nasihat dan teguran…
Sebabnye saya terlewat hantar satu borang ni….borang ape?(biarlah rahsia) ..:)….
Ini tidak..name je dah ambik surat brenti skolah tu tapi dia tu pegi sekolah nye lebih daripada yang betul2 sekolah…(sebb komitmen pda jemaah di sekolah sebenarnya)
Alaaa…..ape nak buat ni??ucapan minta maaf ibu tesayang tidak pernah berhenti ku tuturkan…..
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu..lagipun salah saya(mengaku ni)..
“angah,ibu marah ke?”,soal saya pada kakak…
“ha!marah lagi tu…siap la kau…hihi”,jawab kakakku sambil dia pun tumpang bebel.ishish…
Ibu,mak,umi,ming,mama,mami…walau ape pun yg kita panggil dekat ibu kita,dia tetap insan teristimewa….istimewa kerana dialah insan yang telah banyak berkorban…bertarung nyawa untuk melahirkan dan membesarkan kita.
“Tu kat dapur ibu dah masak pengat pisang,pegi la makan….”
Ha!oh!!makanann kegemaran…tak jumpe kat nilai ni wei….
Tengok,tengah2 marah kita pun ibu kita tak penah benci kita sebb marah dia untuk pastikan kita berjaya dunia akhirat…mase tu rasa bahagia sangt(bhgia?)…erm..bhagia sebab saya telah melihat ibu dan bapa saya sebgai insan PENTING dalam hidup saya selepas ALLAH dan Rasul.kasih sayang mereka begitu terasa …..
cubalah kita fikir,layakkah kita nak mendamba kononnya cinta kekasih yang belum halal bagi kita……padahal,di mana kedudukan ibu bapa kita dalam hidup kita?suatu saat kita pun akan ada keluarga sendiri,tapi ikatan darah dengan mereka takkan penah putus sampai hati kiamat sekalipun…

jelas di dalam Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya.Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah,dan menyapihnya dalam usia dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu.Hanya kepada Aku kembalimu.”
(surah Luqman ayat:14)

Kisah yang berlaku di atas tu hanya kisah kecil je….marah2 manja seorang ibu…
Tapi kalau semua benda atau pekara yang berlaku pada kita dipandang dan dinilai dengan bijaksana,kita sebenarnya bermuhasabah diri…ye,muhasabah diri untuk membawa diri ke arah lebih baik.
Hari ini mungkin kita seorang anak yang soleh@solehah...tapi esok?minggu depan?bulan depan dan seterusnya??
Ya allah….perteguhkan iman dan taqwa dalam diri kami….(doa itu senjata mukmin)
Pakat2 la kito doa kepada ALLAH agar sentiasa dikekalkan kebaikan dalam diri dan dijauhkan daripada berbuat dosa dan maksiat.
Buat ibu,anakmu memohon maaf kalau sepanjang keberadaan anakmu ini banyak menyusahkan bonda…….anakmu ini akan cuba untuk jadi anak soleh@solehah dunia akhirat.
Sayangi dan jagailah ibu bapa kita selama mereka masih ada.kerana andai mereka pergi,tiada ganti yang selayaknya….
Kisah ini bukan untuk tatapan atau dengan niat berbangga(nauzubillah),tetapi sedikit nasihat,luahan dan teguran buat diri saya yang lalai …..ambillah sebanyak mana pengajaran yang boleh diambil…

Sayang ibu ayah dunia akhirat….

Nur syahid


credit to (saifulislam.com)-perkongsian yang amat berguna

JIWA DA'IE OTAK FAQIH

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana [...]

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.

Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.

Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi, “Seek First to Understand, Then to be Understood“.

Kita perlu belajar untuk memahami mad’u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.

Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da’i tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.

Perbezaan pandangan tentang keutamaan di antara 8 atau 20 rakaat solat Sunat Tarawih itu sudah lama, seusia dengan umur umat ini. Namun ia tidak pernah menjadi racun yang membunuh kesatuan umat, sehinggalah persoalan hukum dikelabukan oleh permasalah yang lebih besar.

Masalah sikap.

Masalah akhlaq.

Hal seperti itu bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka bosan dengan pendekatan para agamawan yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan ‘hukumnya ialah…”

DA’I HARUS LEBIH TINGGI UPAYA MEMAHAMI

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.”

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.

Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.

Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.

“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.

“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.

“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.

“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.

“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.

“Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.

“Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.

Dia menggangguk.

“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.

“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.

“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.

“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.

“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.

“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…

“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.

“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.

“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.

“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56″ saya menjawab.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.

PERCUBAAN

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami.

Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad’u saya dengan konsep Jiwa Da’i Otak Faqih dan tidak sebaliknya.

Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sinis, “inilah perangai bebudak sekarang!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur
23 Jun 2006


Bila teringatkan smua yg berlaku spnjang hari ni,rasa lucu pun ade….bmula dgn lena tidur yg panjang(nasib baik tak tlps solat),dikejutkan pula dgn permintaan sahbt utk beri kata2 smngt buat adk2 rkan sperjuangn dan berbgai ragam lagi.tpi ada satu perkra yg hampir2 menyebbkan air mata ni mengalir kluar.erm…ya allah,kuatkan semngt dan lindungi diriku,kluargaku,dan sluruh umat islam dari kejahilan ….ya …kejahilan yg melanda masyrkat.
Apa yg sedihnya tu??ana ada tengok satu drama ni…ya ..sambil lepak dgn ahli keluarga(bila lagi kan…time cuti ni la)..satu sketsa menarik perhatian ana…seorg wanita berniat untuk menfitnah dan menggoda seorg lelaki alim….cukup!!tak mampu nak terus tengok drama mcm ni….

Bagi org lain,alaa….ni kan drama je,lakonan la konon,so,lyan je la ape nak dikecohkan.yup,ni drama tpi keadaan ini ana yakin berlaku melata dalam masyrkat kita!
Mengecewakan apabila lelaki alim tersebut juga mula terigau2 ingatkn wanita tersebut walaupun dia sudah beristeri.???argh…..menyakitkan hati bukan??

Sebelum tuu,perlu juga kita ingt bhwa sealim mana pun kita,kita tetap manusia biasa,yg akan melakukan kesalahan dan kesilapan saban waktu dan masa.tapi,thap keimanan dan ketaqwaan kita lah yg akan cuba meminimakan semungkin boleh dosa yg ingin dilakukan.

Tujuan ana bukan lh nak menyalahkan mana2 pihak,baik perempuan atau lelaki.Tetapi hati ini terpanggil untuk sama2 sedikit sebanyk mengislah keadaan ana dan umat sekalian.
Untuk perempuan sekalian(ana pun termasuk skali),hentikan segala gangguan seksual terhadap lelaki.tutup auratmu dengan sempurna,jaga malumu sebaik mungkin,laksana perintah allah terhadap kita sekuatnya.

Buat lelaki,kuatkan imanmu untuk berhadapan dengn salah satu fitnah akhir zaman ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Hadis riwayat Bukhari)
Jangn kita gadaikan iman dan taqwa semata2 mahu memenuhi permintaan nafsu.ya shbat2,kdg2 kita kalah dengn nafsu,tetapi ckuplh hanya sekali!jangn menunggu sehingga hati sudah terlalu karat untuk dibersih dgn taubat.

Ini hanya sebhgian daripda sketsa khidupan,masih terlalu bnyak kejahilan dan maksiat yg berlaku.kembalilh kpada allah,bersihkan hati kita degn zikir dan taubat,alunkan keindahan ayat al-quran,jgalah bats pergaulan lelaki dan wanita,sujudlah kita disertga malam dalam kembara mencari cinta ilahi.
Muslimah,kita mmpu!!
Bertaubatlah sementara masih sempat.Sesungghnya Allah Maha Penerima Taubat.

TIDAK!kami tdak akan menjadi golongan yg memberi mudarat kpda lelaki.
TIDAK!islam tidak pernah menganiayai kami kaum wanita.

Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Ikhlas ..(tegur andai ada ksilapan...)
(ukhuwah fillah abadan):)

Nur syahid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...