twitter



Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesiapa yang berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dimaksudkan), maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.."
(an-Nisaa:100.)

Sahabat Dakwah MMPM mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada
semua pengunjung blog kami....
Semoga pengamalan kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
serta segala amalan kita diredhai oleh ALLAH SWT....

"كل عام وأنتم بخير"


Assalamualaikum,

Alhamdulillah bersyukur pada Allah kerana dapat meneruskan kehidupan dalam kezaliman dan kebusukan dunia hari ini. Penerusan hidup ini bukan sekadar membiarkan kezaliman dan kebusukan dunia menari dengan riang begitu sahaja, namun disana pentingnya kita mencorak diri dalam memusnahkan kezaliman dan kebusukan ini.

Sedara,
Wasilah sahabat dakwah ini diwujudkan bukan untuk membuat kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah, jauh sekali untuk melakukan kesyirikan kepada Allah. Tegas saya teriakan disini, tujuan utama ia diadakan adalah semata-mata mencari KEREDHAAN ALLAH. Kewujudan wasilah ini bermula dengan nostalgia dan analogi perjalanan yang cukup menarik, perjalanan yang dilalui oleh anak muda yang baru bertatih dalam medan tarbiah dan dakwah tanpa meninggalkan siasah. Penuh dengan suka dan duka. Melimpah-limpah air mata dan peluh. Mencurah-curah semburan ukhuwah. Akhirnya, diluncurkan SAHABAT DAKWAH ketengah bumi wakafan MMPM. UKHUWAH, betapa manisnya kita meninta ia dalam diari sejarah sahabat dakwah dan akan menjadi takwim sepanjang perjalanan hidup sahabat dakwah. Pembikinan ukhuwah ini bukan benda yang mudah. Kita sendiri merasainya.

Sedara sedari,

Dihadapan sana ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan, setelah kita menghirup udara tarbiah di MMPM, Sekarang tugas kita untuk menjaga udara tersebut dari tercemar, malah disana kita mengharapkan udara ini semakin segar dan terus nyaman untuk dimamah oleh warga MMPM.
Jangan kita mudah lupa pada kilang yang pernah memproses kita, paling kurang ingatlah ia seminit dalam seharian, agar dengan seminit ini dapat dibentuk satu aspirasi yang bertahan selama seabad.
Disini juga, saya ingin menyeru kepada semua generasi yang bermukim dalam daerah sahabat dakwah agar sentiasa bertakwa kepada Allah dalam setiap perbuatan dan aktiviti yang kita lakukan. Agar segala gerak kerja yang kita rancang dan jalankan mendapat persetujuan dari Tuhan Seantero Alam.

Akhir kalam, kukuhkan aqidah, kuatkan ibadah, semburkan akhlak, dan luncurkan diri ke medan masyarakat. Semoga usaha kita ini dipandang oleh Allah sebagai pemberat timbangan mizan nanti.

BERSAMA MMPM MEREALISASI HARAPAN

Ahmad fahmi bin mokhtar
Presiden
Sahabat dakwah
Maahad Muhammadi Pasir Mas


TAJUK : TUNGGU BILA LAGI UNTUK BANGKIT..?

Salam kebangkitan buat teman-teman sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana diizinkan untukku menulis pada saat ini.Dah lama niat di hati nak menulis ditambah dengan permintaan seorang sahabat untuk aku menyiapkan satu tulisan di dalam blog ini.Hari ini aku nak bercakap soal kebangkitan ummat Islam dan aku rase aku nak lebih berfokus kepada kebangkitan individu muslim itu sendiri.Fitrah kejadian manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa.Jadi dalam penulisan ini,aku kira aku ingin berkongsi dengan teman-teman beberapa perkara yang aku dapat dari bacaan daripada prof. “google” berkaitan dengan kebangkitan. Bila kita berbicara tentang kebangkitan tidak dapat tidak untuk kita bicarakan dahulu tentang kebangkitan individu muslim sebelum kita masuk kepada fasa kebangkitan yang lebih besar.Persoalannya di sini adalah bagaimanakah mekanisme ataupun elemen-elemen yang penting dalam memacukebangkitan dalam diri individu muslim.
Di sini ada beberapa elemen penting yang perlu dalam kebangkitan individu muslim :

Pertama :Persiapan Fikrah

Melihat situasi semasa hari ini ,umat Islam dilanda dengan serangan pemikiran. Serangan tersebut merobek satu persatu identiti umat Islam sehingga kemuncak beberapa individu muslim mengaku murtad secaraterang-terangan. Fikrah yang melanda umat kini bukanlah Fikrah Islamiah yang sohih tetapi beberapa idealogi rekaan dari musuh-musuh Islam seperti komunisme, sekularisme , hedonism , materialisme dan lain-lain.

Apakah kita mempunyai persiapan fikrah yang cukup bagi membawa satu perjuangan yang besar ini?

Marilah kita berlaku jujur pada diri kita ini , berapa ayat Al Quran dan hadis yang kita tadabbur (renungi) dan menghayati setiap hari , berapa banyak buku-buku Islam dan bersifat haraki yang kita hasbiskan sepanjang tahun.

Semua ini adalah persiapan fikrah kerana dewasa ini musuh-musuh Islam telah menggunakan senjata-senjata moden untuk menerobos masuk dan menyerang pemikiran-pemikiran kita.Oleh itu,teman-teman aku kira persiapan fikrah ini merupakan satu elemen yang sangat penting untuk mencetuskan kesedaran dan kefahaman dalamd iri kita untuk cetuskan kebangkitan dalam diri untuk meneruskan perjuangan ini

Kedua :PersiapanRohani (Jiwa)

Persiapan rohani adalah persiapan yang paling penting .Islam bukan hanya menuntut untuk kita mempersiapkan persiapan fizikal semata-mata. Tetapi menitikberatkan juga dari sudut rohani. Lihat sahaja perjalanan hidup Rasulullah dan generasi sahabat mempersiapkan kekuatan fizikal dan rohani dalam menghadapi musuh.
Begitu juga tokoh-tokoh gerakan Islam yang dipenjarakan tetapi mampu menghadapinya dengan tenang sehingga dalam kisah Zainab Al Ghazali ,sewaktu di bilik kurungan dipanaskan udaranya dan sewaktu musim sejuk pada tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama Zainab al Ghazali. Beliau berkata“ Saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah “. Anjing yang ganas itu mengerti bahawa yang berada di hadapan itu adalah muslimah yang tinggi rohani dan pergantungan kepada Allah.Muslimah yang mempunyai kesabaran dan ketaatan yang tinggi dan anjing ganas tersebut tidak melakukan sesuatupun kepada Zainab al Ghazali.

Dan aku kira banyak lagi kisah-kisah yang kita boleh ambik iktibar selain kisah ini yang nak menceritakan tentang perlunya persiapan rohani dan kesannya dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agama suci ini.

Kata-kata keramat Syeikh Hasan Hudaibi(Bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin) :
“Tegakkan Islam dalam diri kamu,nescaya Islam akan tertegak di atas tanah air kamu”

Ketiga :PersiapanGerakan

Gerakan merupakan gerak kerja secara kolektif dan berjamaah.Dalam menempuh kebangkitan Islam menyertai jamaah dan bekerja secara kolektif adalah prasyarat kebangkitan dan kemenangan.Oleh demikian , Islam meletakkan kepada kita beberapa amal islami seperti amal fardi, amal ijtimaie dan amal jamaie. Ada amal yang dilakukan secara individu dan ada amal dilakukan secara berjamaah.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam satu barisan yang teratur , mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh.

Persiapan gerakan penting kerana gerakanlah yang akan merencana segala gerak kerja dan strategi dalam sesuatu perkara.Ini merupakan elemen yang penting dalam memacu kebangkitan yang lebih besar. Kita tidak mampu untuk mencipta kebangkitan dengan beraksi seorang diri.

Tapi yakinlah bahawa kita mampu untuk mencipta perubahan dan kebangkitan dengan berJAMAAH.

Oleh itu,persiapan jamaah atau gerakan dari segenap segi perlu diambil perhatian serius agar ianya mampu memberikan kesan yang positif pada masyarakat yang telah jauh dengan Islam pada hari ini.

Kesimpulan

Dunia hari ini berada dalam keadaan kritikal dengan pelbagai kejadian atau isu yang berlaku yang menjejaskan aqidah atau pegangan UmmatIslam.Pelbagai isu yang berlaku seperti kes-kes jenayah yang tinggi,penyalahgunaan kuasa,rasuah dan lain-lain majoritinya melibatkan orang Islam.Persoalannya kenapa boleh jadi begini?Aku rasa jawapannya sudah pun terjawab bilamana teman-teman pembaca membaca persoalan ini.

Pesoalan yang kedua yang aku nak lontarkan adalah siapa yang bertanggungjawab dalam membuat perubahan dalam masyarakat pada hari ini..?Ape yang aku nak tekankan ialah Islam tidak perlukan kita untuk mencetuskan perubahan yang dimaksudkan di atas. Jikalau kita malas atau tidak mahu untuk menggalas tanggungjawab ini sekalipun,nescaya akan nada golongan yang lain akan menggalas tugas ini dan semestinya mereka ini lebih baik daripada kita,dan ini merupakan janji Allah dalam Al-Quran.

Akhir sekali,jika kita berhasrat untuk berada dalam golongan yang menggalas tugas di atas maka tidak dapat tidak untuk kita lakukan perubahan dan kebangkitan dalam diri kita.Perhatikanlah setiap elemen penting yang telah dihuraikan secara ringkas di atas ini sekadar untuk muhasabah kita bersama dan teruskan dengan tindakan yang proaktif untuk cipta perubahan dalam diri.Yakinlah bahawa Islam akan menang satu masa nantiCuma tinggal kita di mana sewaktu proses perjalanan dalam memenangkan Islam

Oleh itu,AYUH BERUBAH!!!

Kalau bukan kita,siapa lagi!
Kalau bukan sekarang,bila lagi
Kalau bukan di sini,dimana lagi

Maaf andai kata tulisan ini agak serabut dan tidak memenuhi citarasa teman-teman pembaca tetapi apa yang penting bagi aku adalah point-point penting yang terkandung dalam tulisan ini mampu untuk kita ambil manfaat bersama.

Semoga Allah S.W.T sentiasa memilih kita berada dalam golongan hambaNya yang bertakwa dan memberikan keberkatan dan pertolongan dalam meneruskan perjuangan ini.

Penulis merupakan mahasiswa tahun 2 UKM dalam bidang oleokimia merangkap juga sebagai Timbalan Presiden Sahabat Dakwah(SD),Alumni Maahad Muhammadi Pasir Mas.Kini,memegang amanah Sebagai Bendahari Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(ISIUKM).


Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


Banyakku dengar,baca,dan lihat..baru beberapa bulan lepas dari pengalaman
Abuyaku (panggilan kepada ayahku) sendiri dengan sayu Abuya bercerita kerana akhir pertemuan
menyebabkan Abuya terkilan kerana tak berkesempatan untuk dakwahnya tentang
Islam dengan lebih lanjut,namun kali ini Allah pertemukan aku pula dengan
mereka…ya mereka yang mahu mengenali TUHANNYA…

Suasana di school driving hari ini begitu leggang dengan pelajar-pelajar
sekolah dan pengajar.. beberapa orang pengajar telah mengambil cuti pada
hari tersebut. Dalam hati menambat sedikit kelegaan, hari ini sesuatu hari
yang begitu istImewa bagiku kerana dapat bersua dengan muka serta berbual
mesra dengan Ah Mei,perwatakan yang ringkas serta mudah mesra dengan sesiapa
saja. Mudah didekati dan berfikiran secara terbuka . Ah Mei adalah orang
yang pertama yang mudah untuk aku dekati memandangkan aku berketerampilan
tudung labuh bulat,mungkin kalau orang cina lain , takut jika aku dekat
dengan mereka.

Kalam madah permulaanku hanya sekadar ingin mendekati dia dan kebetulan aku
memang benar-benar minat bahasa…kami berbual macam biasa, tiba-tiba dia
memulakan bicara tentang agama dalam mind oh…terkaget sikit namun face ku
cuba control untuk memberi ruang berbicara.

Tentang kiamat..katanya alangkah indahnya kalau manusia ada cip dalam
badan..cip tu boleh contol amalan baik dan buruk..

“Mei awak tak sensitive ke jika apa-apa persoalan nie mungkin menghampakan
agama awak”

“tak, saya terbuka dan memang suka tiada limit”

“memang peringkat umur Mei sekarang adalah untuk mengenali siapa tuhan..apa
yang sedang dianuti”

“oh ye ke patut la Mei teringin sangat mengetauhi tentang semua agama, Mei
sekarang sedang mengkaji tau”

“akak Mei tahu baca Al-Fatihah”,dia menambah lagi sambil mengukir sedikit
senyuman akan tahap pencapaian yang dia dapat dengan penuh bangga.

Aku terdiam,sambil tersenyum ingin menjadi pendengar sebelum berbicara.

“saya terfikir kenapa banyak agama..alangkah indahnya kira kita sembah pada
yang satu.semua orang hanya tumpu pada yang satu, Mei pernah tanya papa
tentang agama Buddha..Mei heran nape ek manusia boleh tahu rupa tuhan,dia
juga yang mengukir lepas tu dia sembah. Apa yang Mei tahu dewa yang bagi
tahu rupa bentuk tu tapi..ish Mei heran la..”

Tapi jawapan hampa membisu dari mulut papanya.

“ Mei fikir ruginya kita beli duit untuk orang mati tapi orang yang dah mati
tak pernah datang bagi tau yang duit tu sampai..tak cukup ke.. apa ke..kan,
kita yang hidup ni kena beli duit untuk orang yang mati dengan harga yang
mahal tau”

Panjang lebar dia merungkai setiap dalam pemikirannya penuh tanya yang masih
tiada jawapan.

“orang Islam pernah berkatakan tentang Buddha,mungkin suatu masa dulu dia
adalah nabi,betapa orang mengangumi tentangnya sehinggakan mengukir rupa
bentuk,dan pengikutnya hanyut kerana terlampau mengagumi Buddha .”

Dia menjawap

“macam orang kristian..kan diorang ubah kitabnya sendiri”

Dalam fikiranku terfikir mungkin kebanyakan pembacaanya,bukan sepenuh
pengkajiannya, dalam hati penuh debaran mengharapkan Allah memberi hidayah
dan taufiq pada insan ini mengenal dirinya dan diriku.

“Mei pernah tegur orang Islam yang free hair ,ada yang pakai tudung sanggulmacam
bonggol unta, ada yang Nampak rambut,ada pakainya dengan tudung yang nipis...
Apa yang Mei buat,tarik rambut dia..dan bagi tau nanti dalam kubur kamu kena
tarik macam ni la dengan ular-ular. Tapi orang tu jawap aku belum terbuka
hati lagi untuk pakai,nanti kalau dah terbuka aku pakai la..”

Ceritanya panjang lebar berkongsi pengalaman,dalam hati betapa orang bukan
muslim begitu ambil berat tentang agama lain betapa mereka mengambil berat,
Mei orang yang tak loket ilmu kerana permulaan perbicaraan kami tadi aku
tegur tentang bahasa cina, pada ketika itu dia mengeluarkan buku bahasa cina
yang langsung aku tak faham yang aku faham hanya yang tertulis ‘TRUE
LOVE’,katanya buku ni best buku motivasi cina penulis dari Taiwan,kebanyakan
penulis dari Taiwan adalah paling best ada yang sampai 300,000lebih dia
tulis,kat sini susah nak dapat lagipun mahal..kalau kat Singapura murah je.

Ceritanya lagi “Mei kalau nak pakai seluar berfikir 2@3 kali untuk pakai tau
tak berapa suka la ngan t-shirt ,Mei lebih memilih untuk pakai baju
kurung..senang,kalau pergi kuliah Mei banyak pakai baju kurung kadang-kadang
pinjam dengan kawan –kawan melayu, Mei bagi tau kat mama buatkan baju kurung
la untuk Mei senang sikit..”sambil tersenyum.

Terbalik rasanya aku rasakan orang Islam kebanyakan suka meniru orang bukan
Islam,hatta perkara tu memang Nampak menyusahkan dirinya sebab nak
cantik..apa pun bedal jer. Ketat situ sini.

Perbualan kami terhenti sebab ada mak cik lain yang kurang ,menyenang
baginya kot..untuk berbicara tentang agama mana tidaknya pakaian,make up
over dose. Bukan nak kata diri ni baik tapi kadang-kadang perkara tu sendiri
orang bukan Islam pun naik heran…

Pada kesimpulan perbicaraan tadi dia banyak mengagumi Islam,krn anak-anak
Islam,ditarbiah dari kecil tentang Islam,namun dia begitu hampa agamanya
hanya ada pada i/c bukan pada fahaman sebenar sehinggakan papanya tidak
mampu menjawap apa yang di tanya. Dan sebenarnya dalam perbualan kami ada
banyak lagi perkara yang diceritakan biarlah cukup sekadar itu untuk aku
kongsi…

Insya-Allah andai dia dan aku ada jodoh bertemu lagi dan aku juga
mengharapkan pertemuan kami akan berakhir dia saudara seIslamku suatu hari
nanti….amin…




Perkembangan semasa menunjukkan, muslim sewajibnya memutarkan akal dan segala anggota badan dalam menegakkan kalimah Allah, tiada lagi masa untuk berfoya dan hanyut bersama tarian dunia. Tambahan lagi bila bergelar seorang pemimpin, masa semakin singkat, tanggungjawab dan amanah semakin meningkat.

Perlu diingatkan badan, akal dan segala yang ada pada kita adalah pinjaman semata-mata. Dan pinjaman ini perlu dilangsaikan dengan menggerakan akal, anggota dan segalanya untuk menegakkan kalimah Allah. Badan akan letih, akal akan tepu, kaki semakin berat melangkah kerana melangkah berbatu-batu untuk tegakkan kalimah Allah, namun inilah yang perlu dibayar agar pinjaman yang kita buat dapat di
jelaskan dalam masa yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir.

Sesekali akan terasa minda dihimpit-himpit dan sesekala terasa badan dilenyek-lenyek dek kerana mahu menjelaskan bayaran yang masih banyak yang tertunggak. Apabila selesai satu kerja kepuasan itu hadir ditambah pula dengan keikhlasan hanya untuk Allah, keletihan, kekecewaan, kekusutan akhirnya bertukar kepada kecerian, kerahmatan dan kebahagian, bukan di dunia sahaja tapi di akhirat sana. Belum puas meraikan kebahagian, kekusutan datang bertubi-tubi umpama tembakan apache, dalam kekusutan itulah pada akhirnya menguraikan ketenangan yang abadi.


Nak rehat-rehat dunia bukan tempatnya, kena berletih, berpeluh, berdarah, dan bermati kerana inilah sifat dunia yang mesti didalami dan dikuasai, memandu satu jentera bukan semudah memakan kuaci, minda terpaksa focus, kakitangan perlu serentak bergerak, mata wajib melihat, dan semua sel-sel dalaman tertumpu pada jentera yang di pandu itu. Bukan senang tersilap langkah, gaung dan curam menjadi sasaran, terlepas tujuan akhirnya mati tiada kuburan.

Kena kuat dan inovatif, sementara masa yang ada untuk berkuasa, gunakan kuasa ini semaksimum mungkin sebelum ditarik Tuhan, buat apa yang perlu untuk, lahirkan modal insan yang muttaqin serta mendapat keredhaan Allah Taala.

Seorang penyair jahiliyyah Al-afwah Al-Audi ada mekafazkan bait syairnya yang berbunyi :

Manusia itu dalam keadaan kacau jika tiada orang- orang mulia di antara mereka
Dan mereka tidak mulia jika orang- orang yang bodohnya berkuasa.



Salam..Rasa dah lama tak menulis ni..dah banyak kali cakap nak tulis tapi tak tulis jugak..tapi Alhamdulillah hari ni dapat jugak tulis..nak tulis ape ye?
Setinggi rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana memilih diri kita untuk berada dalam perjuangan ini..dan hari ini aku tak nafikan masing-masing dah berada di lapangan ilmu yang merata sebagai seorang pelajar dan juga PEJUANG..dan di kesempatan ini,aku nak menasihatkan diri ini dan juga sahabat sekalian agar kita kenal asal usul kita dalam perjuangan ini..

Walau di mana kita berada,

Walau siapa pun kita sekarang,

Walau tinggi mana pun pencapaian kita,

Walau apa pun yang kita laksanakan,

Semuanya ditakdirkan Allah bermula di sekolah MMPM melalui BINNADWAH..inilah permulaan kita sebagai seorang musafir yang nak teruskan perjuangan ini..di sinilah kita mula untuk mengenal,memahami dan bertatih dalam meneruskan hakikat perjuangan yang tidak semudah yang disangka..
Oleh sebab itu,diri ini ingin mengajak sahabat sekalian untuk sama-sama kita mainkan peranan untuk teruskan perjuangan untuk mencetak tokoh-tokoh kepimpinan Islam daripada MMPM ini..biarlah kita tidak menjadi orang hebat pun,tapi sekurang-kurangnya adik-adik yang berada di sekolah akan menjadi orang hebat satu hari nanti dalam mengepalai perjuangan ini..di saat itu,jika kita masih hidup Insya-Allah kita akan tersenyum dan mengalirkan air mata sebagai tanda syukur kepada Allah yang memberi kita peluang untuk melaksanakan usaha mulia ini..






salam pergabungan
tiada apa yang hendak di postkan...



hidup kita saling perlu melengkapi antara satu sama lain ibarat puzzle yang dicantum-cantum membentuk satu paparan yang asalnye terpisah2 kecil...



begitu juga Sahabat Dakwah, kita dilemparkan ke merata-rata ipt, berpisah-pisah, tapi bila kita bersatu, kita akan membentuk satu paparan yang hebat... semuga ini tercapai.



sekadar dulu untuk kali ini
salam




Salam pemuda yang mukhlisin...

sesekali minda memacu laju... berfikir melihat gelagat pemuda dan pemudi Islam... tapi aku masih berselera menggigit suasana ana anta, ust ustazah... sedang pemuda dan pemudi dalam suasana gua lu.. cibai... siok... bapak giler...

namun jiwa masih berselera... cukup sekadar aku yang muqarabin... cukup aku yang masuk syurga... boleh masuk ke???

turun ke lapangan masyarakat... memerlukan banyak kemahiran dan ilmu... untuk mendapatkan perkara ini memerlukan satu wasilah... program ke, usrah ke, atau apa2...
kalu sekadar mahu fokus pada akademik semata... kami berlepas diri dari mereka ini...

marilah kita turun ke masyarakat... jauhkan diri dari frasa kata tunggu lepas habis belajar U... KATA kita pendesak kerajaan... mana desaknya...

berbalah... berbahas... perkara yang semacam tahi hidung tapi dianggap macam najis berat... sedarlah api kejahilan sedang marak diluar sana... ummah memerlukan bomba-bomba yang sepatutnya memadamkan api tersebut... moga-moga kitalah bomba tersebut...

dalam kita berjuang mesti ada kesatuan... dalam kesatuan itu mesti ada kepimpinan... dalam kepimpinan mesti ada ketaatan...

ketaatan yang macam mane... berdasarkan syariah dan tidak zalim dalam memerintah... wajib untuk diletakkan taat... andai terselit sedikit kekhilafan... ikutilah keputusan yang dikeluarkan kesatuan... jangan masih angkuh dan ego dengan pandangan sendiri... tiada adab disitu...

maka tidak bolehkah kita memberi pandangan.... memberi itu digalakkan... tapi jangan memaksa untuk diterima... kerana kita lemah... dan kita kuat bila bersama...

untuk begerak dalam masyarakat mesti bersama... kerana lebih kuat... semua dalam kesatuan itu mempunyai posisi dan potensi masing2... yang mesti digarap sebaiknya oleh qiadah...

semuga Allah bersama kesatuan ummat Islam untuk menghijaukan kembali Malaysia...
SELAMAT BERAMAL DAN BERFIKIR


Alhamdulillah, hari ini dapat meregangkan urat-urat jari di pentas alam maya…


Blh berkenalan??? I luv u, U luv I, uhibbuki wa uhibbuka… sayang awak… awak sayang saya tak???

First, apa yang hadir dalam minda anda apabila membaca beberapa patah ayat menggugat jiwa di atas??? Menggugat lah kalau berlainan jenis yang ucapkan… kalau sama jenis mungkin something wrong disitu…

Dah banyak mereka membicarakan hal ini, IQRAC dah buat forum Went Adam Meet Hawa, FIZIQ dah buat program Mahabbah Rasulullah, PERKEMAT pun dah buat program tahunan Mafatih Mahabbah… what meaning for this??? Fitrah manusia berkasih sayang sheikh…

Timbul pula question mark dalam minda… kasih sayang atau cinta yang macam mane… hari ini saya bukan ingin berbicara mengenai cinta Allah, cinta Rasul, cinta family dan sebagainya tapi lebih seronok berbicara tentang cinta muslimin dan muslimat… haha… fitrah sheikh…

Situasi 1

Suatu hari saya dapat mesej dari makwe, nie masa sekolah rendah…
“salam abang buat ape tu??? Dah makan ke??? Berak ke belum??? -Dari Ani mu sayang”

Situasi 2

Kawan saya kata dia ada couple yang solehah selalu jaga ibadat, setiap hari tahajud,
“ salam sayang jom bangun sekarang dah masuk waktu tahajud… sama-sama kita doakan kebahagian umat islam dan jangan lupa doakan ayang juga ye… uhibbuka fillah…”

Situasi 3

Nak cerita pun sedih, tapi nie lah hakikat yang berlaku ketika sekolah menengah dahulu, sedih, sedih… mesej ini saya ingat sampai bila2
“ salam asif jiddan, bukan maksud ana ingin menolak cinta anta tapi kita habiskan belajar dahulu andai kata ada jodoh kita akan bertemu…”

Situasi 4

Sekarang dah masuk DQ, Selalu bermonolog dalam hati,
“ andai dia jodohku Engkau jagalah ia, pimpinlah ia agar menjadi sayap kepada perjuanganku, andai dia bukan jodohku, Engkau jadikanlah pendampingnya itu lebih baik dariku”

Fikirlah sendiri situasi mana yang terbaik untuk kita, kalu situasi pertama, kepala otak kita sama macam sekolah rendah,.. situasi kedua, risau andai niat yang tak terjaga, hati muslimat jangan ditoreh parutnya terlalu lama, sia-sia tahajud, bukan lillahitaala risau bertukar jadi lipak lah dan lizainab… situasi ketiga, berjaga-jaga dalam perhubungan, takut lahir anak luar nikah… situasi keempat, mungkin yang terbaik setakat ini… serah pada yang Maha Kuasa… ini baru pemikiran mahasiswa Huffaz…



Seronok membaca novel Tautan Hati tulisan Fatimah Syarha, apa yang seronoknya,.. mengajar jalan yang betul dalam perhubungan, Pemilikku Cinta selepas Allah dan Rasul bukunya kecil tapi sangat memandu dalam mencari pilihan… cuba bacalah, anda mesti inginkan seorang wanita seperti asiah yusra … (maaf terjiwang disitu) bacalah bila rasa hati dah tak boleh tahan…

Saya bertinta hari ini bukan nak halang couple dan cinta tapi risau masalah akan timbul pada masa akan datang… contoh… (apa-ape pun kena bawa bukti)… seorang Isteri telah lari mengikuti kekasih lama… tengok perkataan isteri, bila kata isteri mesti ada suami… sengaja bold kat kekasih lama, bila unggapan kekasih lama nie, mesti mereka dah pernah couple ketika dahulu kala, tetiba lepas kahwin berjumpa, perasaan itu kembali membunga… kesian si suami yang begitu setia… nak ke kena tinggalkan suami atau isteri…

Begitulah kalau kita bercinta tetiba terkahwin dengan orang lain, bimbang nanti teringat pada si marka yang dulu, akan timbullah perbandingan antara marka dahulu dengan isteri atau suami sekarang… “awak nie mulut busuklah tak macam Juraidah, mulut dia macam kasturi” mulalah nak cari kekasih yang dahulu…

Kalau yang tak pernah couple pastu kahwin… mesti excited… sebab first time bercinta, mesti nak buat yang terbaik untuk orang tersayang dan dia mungkin tak akan buat perbandingan dengan kekasih dahulu, nak buat macam mana tak pernah ada kekasih…

Masalah sheikh… masalah… hati nie kalau dah terbekas susah nak padam. Tambah-tambah muslimat, kalau muslimat dq lagi lah… jadi berhati-hati dengan hati… sekarang ini bagi hak dulu kat hati kita untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi aktivis dakwah yang berhikmah…

Sabarlah 3 tahun je di DQ nie lepas ini nak kahwin, kahwin lah… agak-agak mampu kahwinlah 4… elaun di dq pun selalu xcukup nak couple dan sebagainya… anak dara orang tu…

Ingatlah, baca novel tadi dan buku kecil tu, kalau ada yang lain boleh je nak baca, tapi saya bagitau apa yang saya pernah baca lah… maaf kalau ada terkasar dan terlamapau…

Ok. Selamat Bercinta…


Assalamualaikum ….

Surat cinta buat ILAHI..

Kenapa sayu sangat hati ni…asyik2 teringat pada kenangan indahnya berada dalam linkungan org yang penuh tarbiah di dada…sehingga satu tahap,air mata ni menitis mengingatkan di mana tempat diri ni akn diletakkan…apakah di sisi allah taala atau jauh dari rahmatnya?ya allah….aku tahu..diri ini tak sempurna…kadang2 aku ‘berlari’ mengejar rahmat –MU..tapi kadang2,aku hanya sekadar melihat dan mlambai pergi hidayah yang tiba….tidak pula cuba utk meragut dan memeluk sekuat hati hidayah –MU itu…

Ya allah….dengan apa rasa rindu ku ini boleh trubat?
Rindu utk bertemu dgn-MU
Rindu utk bertemu dgn rasulullah…
Rindu untuk bertemu ayah dan ibu serta kaum kerabat
Dan rindu ya allah ,pada sahabat2 sperjuangn yang nyata telah berbaiah setia dgn-MU utk meyerahkan segalanya demi agama…

Penegak agama yang sebenarnya adalah yang sentiasa dalam keadaan diuji oleh ALLAH…dlm keadaan sedih mengenangkn apakah sudah ada sumbangan yang diberikan untuk ummah dan islam.apakah setiap saat,minit dan jam yang ada hanya digunakan untuk jalan menuju platform mardhatillah….
.bukan yg sntsa ceria dan ketawa berdekah2 utk sesuatu yang tidak penting…bukan pula yang mengambil pluang bermadu kasih sesame sendri kononnya atas dasar perjuangan sehingga tergadai agama dalam diri….bukan,bukan dan bukan…!!sehingga ramai yang terlupa, nikmat berjuang bukanlah dibuktikan melalui rasa seronok,
rasa riang, rasa gembira, rasa suka. Nikmat Cinta memang dibuktikan dengan perkara
tersebut, tetapi berlainan pula dengan nikmat berjuang. Nikmat berjuang yang sebenar
adalah ketika mana seorang pejuang itu diuji oleh Allah dengan sesuatu ujian. Berjuang
dirasakan amat indah apabila ditentang, di halang dengan pelbagai rintangan. Itulah
nikmat berjuang!

Sehingga akhirnya,kita akan rasa kemanisan yang sebenarnya….yang tidak boleh diungkapkan melalui kata2….

Siapakah kita pada pandangan allah??
Introspeksi diri…ubah diri ke arah lebih baik….masih belum terlambat untuk kita menurut jejak langkah orng yang telah berjaya menerobos sebarang halangan ketika dalam musafir menuju keampunan ALLAH…

Ayuh semua….kita ubati rindu ini dengan merapatkan lagi saf-saf dalam jemaah…ayuh…jangn bertangguh…tinggalkan segala dosa yang telah dan sedang dilakukan…bersihkan diri dan tuju kpada tuhanmu Rabbul ‘alamin…

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”(Ali Imran 3 :103)

Jangan sedih…allah bersama kita selama mana kita juga bersma-NYA…
TERUS MARA KERANA ALLAH…GEMPUR FISABILILLAH!!


Salam keinsafan
Peranan mahasiswa dalam masyarakat...

Mahasiswa? Satu ungkapan yang sangat 'power', bisa menggegar dunia, bisa mengubah landskap kehidupan... Question mark, kita kah mahasiswa itu?
Cukup saya ungkapkan kita hanya sebagai siswa..., MAHA, ini agung/unggul maknanye, lyakkah kita?

Malas??? Penyakit siswa sekarang, kurangnye maklumat akibt kurangnye membaca dan mengkaji, pada ketika mana mak nab n pak da him berbicara tentang inflasi n kemelesetan ekonomi malaysia, para siswa masih lagi berada pada tahap pemikiran kanak2 tadika pasti tabika dan pra-sekolah...

Hammasah??? (Semangat), satu elemen y ada dalam jiwa pemuda siswa..,
hammasah yang tidak di gagaskan dengan kefahaman y jelas dan tidak menggunakan kebijaksanaan samalah seperti bersemangatnye sang anjing melolok pada gunung...

Lupakah kita? Siapa kita? Minda masih bergelumang dengan pemikiran kolot dan jahiliah...

2 elemen penting bg sangsiswa,
1- kesungguhan dalam menuntut ilmu
2 - jadi aktivis

Peluang y ada ini untuk menadah segunung mungkin ilmu, kerana masa dpan akan cerah dengan ilmu,.. Teorisme xmemadai kena ad juga praktisme(aktivis), kita xmahu mahasiswa y tahu bersandar di tiang2 bilik kuliah sahaja, tapi mahasiswa kena turut serta untuk memegang tiang negara.,

Ilmu dan amal, teori dan praktikal, penuntut dan aktivis, perlu disebatikan dalam jiwa mahasiswa.,

Akhir kalam, mereka dhlu pada umur sbaya mahasiswa memugar isu n dipercyai, umpama Usamah palingma perang umur 18tahun, alfateh membuka konstantinople umurnya 21 tahun, albanna mengagaskan IM pda usianya 22 tahun, dan ibnu battuta mengelilingi dunia seawal umur 21 tahun... Kita??


Salam kemuliaan...
Alhamdulillah hari ini ad seluang masa untuk jari jemari membuat tarian ilmi di pentas teknologi...

Revolusi, pilihan raya tenang, tahun baru cina, banjir di johor, minyak naik lagi, demostrasi dan lagi seterusnye lagi... Inilah dunia... Adakah kita kena lari dari hal dunia?

Dunia? Satu hakikat yang mesti diterima, kita hidup didunia... Maknanye kita sendiri termasuk dalam elemen dunia... Dunia nie kan ladang akhirat?

Ladang? Cakap pasal ladang mesti ada petaninye, kita ke petani tu? Tapi ramai y xmahu jadi petani, no class, tpi hakikatnye?? Lu pikir sendiri...
Tuaian ladang nie,?
Terfikir juga, hasil tuaian nie penentu antara keselesaan dengan keseksaan...

Adakah aku petani itu? Selalunye petani, keluar pagi2, bermandi peluh sang mentari, berjaga malam dri si penceroboh, tidur sekejap esok kena kerja lagi, kulit dri mcm angelina jolie akhirnye sama macam orang kat Nigeria dan Mali...

Aku? Menyemai benih, menjaga tunas, mcm petani tu ke? Ke aku nak angkat cngkul pn malas??? Kalau petani dunia hitam kulitnye, petani akhirat sepatutnye bergelupas atau tercarik kulitnye??? (Tinggi ayat retorika)

Petani akhirat,? Sedap teruja dengar 2 patah kalimah nie, nak capai bukan mcm makan nasik syeikh,,, malah perlu buat mcm nak hasilkan dari benih padi kepada nasik dalam pinggan??? Senang ke? Kalu susah, susah lagi nak dapat tuaian yang bernama firdaus...

Mcm mane petani sekalian???
Cangkul, parang dah ready ke???

Letakkan dunia ditangan bukan dihati... Mudah untuk dilepas bila2 masa...


Salam kerinduan yang melimpah-limpah

Teringat!!! Terbias memori lalu. Masa cepat berlaju...

Dahulu, bersama teman yang satu kepala, setiap minggu ad qiam haram, bertamrin bersama, berusrah dalam keadaan gembira, jiwa rasa terjaga...

Hari ini membuka kembali kitab sirah karangan mustafa sibai'e, teringat usrah d kantin skolah...

Dalamnye mencritakan sirah rasullah temui dahulu akan dihadapi oleh dai'e skrang, trtarik dengan satu artikel, pendakwah kena ada masa bersamaNye, masa bermesra...
Untk jadi kuat dalam medan ini, 2 amalan y disyorkan, ape tu??... SOLAT FARDHU BERJEMAAH, QIAMULLAIL...

Satu ketika bersolat dgan sahabat dari Thailand, stelah slesai solat, tersembur dari mulutnye, solat nie medium untuk berehat dari kepenatan dunia...

Bersyukur disini ada seorang pendakwah muda y telah menyertai (PUM) Persatuan Ulama' Malaysia... Yang menarik stiap kali jumpa, perkataan y terluncur, tolong nasihat ana, byak dosa ana, anta hebat...

Kita kata kita pendakwah, usrah kita gembra atau terpaksa? Solat malam kita terjaga atau terpinga? Solat kita istirehat ketenangan atau keserabutan? Muhasabah kita setiap hari atau dlam tamrin sahaja?

Kata seorang pejuang, TARBIAH FOKUSNYE DIHATI, ALLAH TIDAK AKAN MEMBERIKAN KEMENANGAN PADA SI JIWA YANG MATI...


BENARKAH KITA BERJUANG!

Wahai orang yang beriman ! Apa yang telah berlaku kepada kamu ?

Apabila kamu diseru , agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba - tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi [ malas ]

Kenapa jadi begitu ? adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat ?

Ketahuilah ! sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu , berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt .

Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan , nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih .

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39

SeKetika dalam mengharungi perjuangan ini , alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , benarkah kita berjuang ?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?

Benarkah kita berjuang ? , kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .

Benarkah kita berjuang ? , dengan hanya semata - mata kerap menghadiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program - program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung !

Benarkah kita berjuang ? , apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita . Mesyuarat sering tidak hadir dan kalau pun hadir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang , ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat .

Benarkah kita berjuang ? , sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan . Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang . Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain . Kalut tidak bertempat .

Benarkah kita berjuang ? , seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota . Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita . Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat , berilmu dan berpengalaman . Pintar berhujah dan berdebat . Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata , penuh rasa benci . Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka .

Benarkah kita berjuang ? , suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah . Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site . Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta . Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan .

Benarkah kita berjuang ? , kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka , maka kita tolak mentah - mentah . Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara . Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai .

Benarkah kita berjuang ? , kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin . Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calon pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran . Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita .

Benarkah kita berjuang ? , wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .

Benarkah kita berjuang ? , hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita . Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim .Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri . Kita orang PAS ceramah pasal PAS dalam markas PAS kepada orang PAS , habis tu bila Islam ni nak lePAS ?

Benarkah kita berjuang ? , peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan .Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati . Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam . Penampilan diri juga dineutralkan agar tidak dianggap fundamental .

Benarkah kita berjuang ? , kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan . Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang , jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit . Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri .

Benarkah kita berjuang ? , ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah . Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka .

Benarkah kita berjuang ? , kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri . Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama' . maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa .

Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang , sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula .

Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....

Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ? atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri .

hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri .

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita berjuang ? semoga kita diredhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !

Ihsan dari http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...