twitter


TAJUK : TUNGGU BILA LAGI UNTUK BANGKIT..?

Salam kebangkitan buat teman-teman sekalian,
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana diizinkan untukku menulis pada saat ini.Dah lama niat di hati nak menulis ditambah dengan permintaan seorang sahabat untuk aku menyiapkan satu tulisan di dalam blog ini.Hari ini aku nak bercakap soal kebangkitan ummat Islam dan aku rase aku nak lebih berfokus kepada kebangkitan individu muslim itu sendiri.Fitrah kejadian manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke semasa.Jadi dalam penulisan ini,aku kira aku ingin berkongsi dengan teman-teman beberapa perkara yang aku dapat dari bacaan daripada prof. “google” berkaitan dengan kebangkitan. Bila kita berbicara tentang kebangkitan tidak dapat tidak untuk kita bicarakan dahulu tentang kebangkitan individu muslim sebelum kita masuk kepada fasa kebangkitan yang lebih besar.Persoalannya di sini adalah bagaimanakah mekanisme ataupun elemen-elemen yang penting dalam memacukebangkitan dalam diri individu muslim.
Di sini ada beberapa elemen penting yang perlu dalam kebangkitan individu muslim :

Pertama :Persiapan Fikrah

Melihat situasi semasa hari ini ,umat Islam dilanda dengan serangan pemikiran. Serangan tersebut merobek satu persatu identiti umat Islam sehingga kemuncak beberapa individu muslim mengaku murtad secaraterang-terangan. Fikrah yang melanda umat kini bukanlah Fikrah Islamiah yang sohih tetapi beberapa idealogi rekaan dari musuh-musuh Islam seperti komunisme, sekularisme , hedonism , materialisme dan lain-lain.

Apakah kita mempunyai persiapan fikrah yang cukup bagi membawa satu perjuangan yang besar ini?

Marilah kita berlaku jujur pada diri kita ini , berapa ayat Al Quran dan hadis yang kita tadabbur (renungi) dan menghayati setiap hari , berapa banyak buku-buku Islam dan bersifat haraki yang kita hasbiskan sepanjang tahun.

Semua ini adalah persiapan fikrah kerana dewasa ini musuh-musuh Islam telah menggunakan senjata-senjata moden untuk menerobos masuk dan menyerang pemikiran-pemikiran kita.Oleh itu,teman-teman aku kira persiapan fikrah ini merupakan satu elemen yang sangat penting untuk mencetuskan kesedaran dan kefahaman dalamd iri kita untuk cetuskan kebangkitan dalam diri untuk meneruskan perjuangan ini

Kedua :PersiapanRohani (Jiwa)

Persiapan rohani adalah persiapan yang paling penting .Islam bukan hanya menuntut untuk kita mempersiapkan persiapan fizikal semata-mata. Tetapi menitikberatkan juga dari sudut rohani. Lihat sahaja perjalanan hidup Rasulullah dan generasi sahabat mempersiapkan kekuatan fizikal dan rohani dalam menghadapi musuh.
Begitu juga tokoh-tokoh gerakan Islam yang dipenjarakan tetapi mampu menghadapinya dengan tenang sehingga dalam kisah Zainab Al Ghazali ,sewaktu di bilik kurungan dipanaskan udaranya dan sewaktu musim sejuk pada tengah malam dipasangkan penyaman udara dan diletakkan di atas air batu serta dilepaskan anjing ganas bersama Zainab al Ghazali. Beliau berkata“ Saya tidak meletakkan harapan kepada sesiapa melainkan kepada Allah “. Anjing yang ganas itu mengerti bahawa yang berada di hadapan itu adalah muslimah yang tinggi rohani dan pergantungan kepada Allah.Muslimah yang mempunyai kesabaran dan ketaatan yang tinggi dan anjing ganas tersebut tidak melakukan sesuatupun kepada Zainab al Ghazali.

Dan aku kira banyak lagi kisah-kisah yang kita boleh ambik iktibar selain kisah ini yang nak menceritakan tentang perlunya persiapan rohani dan kesannya dalam kehidupan kita sebagai seorang pejuang agama suci ini.

Kata-kata keramat Syeikh Hasan Hudaibi(Bekas Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin) :
“Tegakkan Islam dalam diri kamu,nescaya Islam akan tertegak di atas tanah air kamu”

Ketiga :PersiapanGerakan

Gerakan merupakan gerak kerja secara kolektif dan berjamaah.Dalam menempuh kebangkitan Islam menyertai jamaah dan bekerja secara kolektif adalah prasyarat kebangkitan dan kemenangan.Oleh demikian , Islam meletakkan kepada kita beberapa amal islami seperti amal fardi, amal ijtimaie dan amal jamaie. Ada amal yang dilakukan secara individu dan ada amal dilakukan secara berjamaah.

Firman Allah : Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam satu barisan yang teratur , mereka seakan-akan seperti bangunan yang tersusun kukuh.

Persiapan gerakan penting kerana gerakanlah yang akan merencana segala gerak kerja dan strategi dalam sesuatu perkara.Ini merupakan elemen yang penting dalam memacu kebangkitan yang lebih besar. Kita tidak mampu untuk mencipta kebangkitan dengan beraksi seorang diri.

Tapi yakinlah bahawa kita mampu untuk mencipta perubahan dan kebangkitan dengan berJAMAAH.

Oleh itu,persiapan jamaah atau gerakan dari segenap segi perlu diambil perhatian serius agar ianya mampu memberikan kesan yang positif pada masyarakat yang telah jauh dengan Islam pada hari ini.

Kesimpulan

Dunia hari ini berada dalam keadaan kritikal dengan pelbagai kejadian atau isu yang berlaku yang menjejaskan aqidah atau pegangan UmmatIslam.Pelbagai isu yang berlaku seperti kes-kes jenayah yang tinggi,penyalahgunaan kuasa,rasuah dan lain-lain majoritinya melibatkan orang Islam.Persoalannya kenapa boleh jadi begini?Aku rasa jawapannya sudah pun terjawab bilamana teman-teman pembaca membaca persoalan ini.

Pesoalan yang kedua yang aku nak lontarkan adalah siapa yang bertanggungjawab dalam membuat perubahan dalam masyarakat pada hari ini..?Ape yang aku nak tekankan ialah Islam tidak perlukan kita untuk mencetuskan perubahan yang dimaksudkan di atas. Jikalau kita malas atau tidak mahu untuk menggalas tanggungjawab ini sekalipun,nescaya akan nada golongan yang lain akan menggalas tugas ini dan semestinya mereka ini lebih baik daripada kita,dan ini merupakan janji Allah dalam Al-Quran.

Akhir sekali,jika kita berhasrat untuk berada dalam golongan yang menggalas tugas di atas maka tidak dapat tidak untuk kita lakukan perubahan dan kebangkitan dalam diri kita.Perhatikanlah setiap elemen penting yang telah dihuraikan secara ringkas di atas ini sekadar untuk muhasabah kita bersama dan teruskan dengan tindakan yang proaktif untuk cipta perubahan dalam diri.Yakinlah bahawa Islam akan menang satu masa nantiCuma tinggal kita di mana sewaktu proses perjalanan dalam memenangkan Islam

Oleh itu,AYUH BERUBAH!!!

Kalau bukan kita,siapa lagi!
Kalau bukan sekarang,bila lagi
Kalau bukan di sini,dimana lagi

Maaf andai kata tulisan ini agak serabut dan tidak memenuhi citarasa teman-teman pembaca tetapi apa yang penting bagi aku adalah point-point penting yang terkandung dalam tulisan ini mampu untuk kita ambil manfaat bersama.

Semoga Allah S.W.T sentiasa memilih kita berada dalam golongan hambaNya yang bertakwa dan memberikan keberkatan dan pertolongan dalam meneruskan perjuangan ini.

Penulis merupakan mahasiswa tahun 2 UKM dalam bidang oleokimia merangkap juga sebagai Timbalan Presiden Sahabat Dakwah(SD),Alumni Maahad Muhammadi Pasir Mas.Kini,memegang amanah Sebagai Bendahari Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia(ISIUKM).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...