twitter


Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi. Walau bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya, banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang paling penting buat saya ialah, bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.

Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar. Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya. Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa dipanjangkan- panjangkan. Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas, dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan sehinggalah saya berada jauh beribu batu daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut. Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia. Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga hubungan kami dan dialah yang mengingatkan. Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej- mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.

Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya. Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka. Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."

"My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can't have a happy family if Allah doesn't help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can't expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca, tiada
satu pun yang menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk menegakkannya. Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat faham. Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat, janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua, insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami.

Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini, saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya akan setia menunggu saat itu, dan saya akan berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang seumpamanya."


Banyakku dengar,baca,dan lihat..baru beberapa bulan lepas dari pengalaman
Abuyaku (panggilan kepada ayahku) sendiri dengan sayu Abuya bercerita kerana akhir pertemuan
menyebabkan Abuya terkilan kerana tak berkesempatan untuk dakwahnya tentang
Islam dengan lebih lanjut,namun kali ini Allah pertemukan aku pula dengan
mereka…ya mereka yang mahu mengenali TUHANNYA…

Suasana di school driving hari ini begitu leggang dengan pelajar-pelajar
sekolah dan pengajar.. beberapa orang pengajar telah mengambil cuti pada
hari tersebut. Dalam hati menambat sedikit kelegaan, hari ini sesuatu hari
yang begitu istImewa bagiku kerana dapat bersua dengan muka serta berbual
mesra dengan Ah Mei,perwatakan yang ringkas serta mudah mesra dengan sesiapa
saja. Mudah didekati dan berfikiran secara terbuka . Ah Mei adalah orang
yang pertama yang mudah untuk aku dekati memandangkan aku berketerampilan
tudung labuh bulat,mungkin kalau orang cina lain , takut jika aku dekat
dengan mereka.

Kalam madah permulaanku hanya sekadar ingin mendekati dia dan kebetulan aku
memang benar-benar minat bahasa…kami berbual macam biasa, tiba-tiba dia
memulakan bicara tentang agama dalam mind oh…terkaget sikit namun face ku
cuba control untuk memberi ruang berbicara.

Tentang kiamat..katanya alangkah indahnya kalau manusia ada cip dalam
badan..cip tu boleh contol amalan baik dan buruk..

“Mei awak tak sensitive ke jika apa-apa persoalan nie mungkin menghampakan
agama awak”

“tak, saya terbuka dan memang suka tiada limit”

“memang peringkat umur Mei sekarang adalah untuk mengenali siapa tuhan..apa
yang sedang dianuti”

“oh ye ke patut la Mei teringin sangat mengetauhi tentang semua agama, Mei
sekarang sedang mengkaji tau”

“akak Mei tahu baca Al-Fatihah”,dia menambah lagi sambil mengukir sedikit
senyuman akan tahap pencapaian yang dia dapat dengan penuh bangga.

Aku terdiam,sambil tersenyum ingin menjadi pendengar sebelum berbicara.

“saya terfikir kenapa banyak agama..alangkah indahnya kira kita sembah pada
yang satu.semua orang hanya tumpu pada yang satu, Mei pernah tanya papa
tentang agama Buddha..Mei heran nape ek manusia boleh tahu rupa tuhan,dia
juga yang mengukir lepas tu dia sembah. Apa yang Mei tahu dewa yang bagi
tahu rupa bentuk tu tapi..ish Mei heran la..”

Tapi jawapan hampa membisu dari mulut papanya.

“ Mei fikir ruginya kita beli duit untuk orang mati tapi orang yang dah mati
tak pernah datang bagi tau yang duit tu sampai..tak cukup ke.. apa ke..kan,
kita yang hidup ni kena beli duit untuk orang yang mati dengan harga yang
mahal tau”

Panjang lebar dia merungkai setiap dalam pemikirannya penuh tanya yang masih
tiada jawapan.

“orang Islam pernah berkatakan tentang Buddha,mungkin suatu masa dulu dia
adalah nabi,betapa orang mengangumi tentangnya sehinggakan mengukir rupa
bentuk,dan pengikutnya hanyut kerana terlampau mengagumi Buddha .”

Dia menjawap

“macam orang kristian..kan diorang ubah kitabnya sendiri”

Dalam fikiranku terfikir mungkin kebanyakan pembacaanya,bukan sepenuh
pengkajiannya, dalam hati penuh debaran mengharapkan Allah memberi hidayah
dan taufiq pada insan ini mengenal dirinya dan diriku.

“Mei pernah tegur orang Islam yang free hair ,ada yang pakai tudung sanggulmacam
bonggol unta, ada yang Nampak rambut,ada pakainya dengan tudung yang nipis...
Apa yang Mei buat,tarik rambut dia..dan bagi tau nanti dalam kubur kamu kena
tarik macam ni la dengan ular-ular. Tapi orang tu jawap aku belum terbuka
hati lagi untuk pakai,nanti kalau dah terbuka aku pakai la..”

Ceritanya panjang lebar berkongsi pengalaman,dalam hati betapa orang bukan
muslim begitu ambil berat tentang agama lain betapa mereka mengambil berat,
Mei orang yang tak loket ilmu kerana permulaan perbicaraan kami tadi aku
tegur tentang bahasa cina, pada ketika itu dia mengeluarkan buku bahasa cina
yang langsung aku tak faham yang aku faham hanya yang tertulis ‘TRUE
LOVE’,katanya buku ni best buku motivasi cina penulis dari Taiwan,kebanyakan
penulis dari Taiwan adalah paling best ada yang sampai 300,000lebih dia
tulis,kat sini susah nak dapat lagipun mahal..kalau kat Singapura murah je.

Ceritanya lagi “Mei kalau nak pakai seluar berfikir 2@3 kali untuk pakai tau
tak berapa suka la ngan t-shirt ,Mei lebih memilih untuk pakai baju
kurung..senang,kalau pergi kuliah Mei banyak pakai baju kurung kadang-kadang
pinjam dengan kawan –kawan melayu, Mei bagi tau kat mama buatkan baju kurung
la untuk Mei senang sikit..”sambil tersenyum.

Terbalik rasanya aku rasakan orang Islam kebanyakan suka meniru orang bukan
Islam,hatta perkara tu memang Nampak menyusahkan dirinya sebab nak
cantik..apa pun bedal jer. Ketat situ sini.

Perbualan kami terhenti sebab ada mak cik lain yang kurang ,menyenang
baginya kot..untuk berbicara tentang agama mana tidaknya pakaian,make up
over dose. Bukan nak kata diri ni baik tapi kadang-kadang perkara tu sendiri
orang bukan Islam pun naik heran…

Pada kesimpulan perbicaraan tadi dia banyak mengagumi Islam,krn anak-anak
Islam,ditarbiah dari kecil tentang Islam,namun dia begitu hampa agamanya
hanya ada pada i/c bukan pada fahaman sebenar sehinggakan papanya tidak
mampu menjawap apa yang di tanya. Dan sebenarnya dalam perbualan kami ada
banyak lagi perkara yang diceritakan biarlah cukup sekadar itu untuk aku
kongsi…

Insya-Allah andai dia dan aku ada jodoh bertemu lagi dan aku juga
mengharapkan pertemuan kami akan berakhir dia saudara seIslamku suatu hari
nanti….amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...