twitter


Salam mahabbah dan perjuangan

Tulisan ini ditintakan bukan kerana nak melatih jari-jari menari ataupun kerana keyboard komputer telah berhabuk, tetapi diharapkan dengan tulisan ini dapat memberikan sekelumit cahaya dalam menempuh jalan yang penuh berlubang dan beranjau ini.

Ramai dari sahabat yang sekarang ini berada di IPT telah mendapat taklifat untuk gerak kerja Islam tidak kiralah yang berada di portfolio yant tinggi mahupun sebagai kuli sahaja. Posisi tak penting tapi sekadar mana posisi tersebut dimobilasi.

Umar Al-Khattab berjaga malam memantau keadaan rakyat dibawahnya, tulang rusuk Umar Abdul Aziz dapat dihitung kerana sibuk melangsaikan amanah, boleh dikatakan zaman mereka adalah zaman keemasan umat Islam, Empayar Islam meluas pada zaman Umar Al-Khattab, tiada yang layak menerima zakat pada pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Kerana apa mereka ini hebat mentadbir... Minda mereka setting amanah datang dari ALLAH dan ALLAH lah tempat memohon pertolongan, kerana itulah terbekas dipipi umar al-khattab 2 garisan hitam tempat aliran manik-manik ketaqwaan ketika munajat.

Selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam wajib memahami bahawa taklifat yang diberi bukan dari makhluk tapi dari Allah. Jangan kerana gerak kerja soal solat kita permudahkan, soal amalan sunat dimain-mainkan.

Sepatutnya bila kita mendapat taklifat soal pergantungan dengan ALLAH semakin kuat dan semakin rindu akan tahajud, tapi apa yang dapat diperhatikan semakin banyak taklifan semakin susah nak persembahkan muka dimasjid.

Adakah pertolongan Allah telah tiada atau kita dah rasa hebat bergerak kerja tanpa pertolongan ALLAH. Terakhirnya ingat satu perumpaan hebat dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz- mana mungkin lembu hendak menjaga lembu, kena tuan lembu yang jaga lembu, begitu juga manusia... HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMANDU HATI MANUSIA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...